Tuesday, June 19, 2007

To be or not to be

Di musim kemasukan ke universiti ni, ramai calon2 mengajukan pertanyaan samada berbaloikah masuk uni sedangkan ijazah tidak menjanjikan kerja lumayan akan menanti, terutama bagi yang mengambil kursus2 sains kemanusiaan. Apatah lagi bagi mereka yang sudah mempunyai pekerjaan. Soalan ini tidaklah susah mana untuk menjawabnya. Pokoknya ialah bertanya kepada hati apakah yang kita ingin jadi, katakan dalam masa tiga tahun dari sekarang. Bayangkan siapakah kita akan jadi pada ketika itu. Untuk mempunyai apa yang kita ingin punyai, kita juga perlu untuk menjadi apa yang kita perlu jadii.



Soalan2 fasa pertama yang perlu ditanyai:

Adakah kita ingin menjadi seseorang yang mempunyai ijazah tiga tahun dari sekarang? Apakah dengan mempunyai ijazah itu akan memberikan kita peluang yang lebih luas untuk meneroka alam ini? Adakah dengan menghabiskan tiga tahun di uni itu akan meluaskan pergaulan dan meningkatkan kematangan dalam menghadapi pelbagai ragam manusia? Adakah ijazah itu penting dalam hidup kita, walaupun sekadar meningkatkan estima diri? Adakah ijazah tersebut akan membuka jalan kearah pengajian yang lebih tinggi spt Masters atau PhD, utk yg ingin berkecimpung di dalam akademia.



Soalan fasa kedua?

Kalau kita tidak masuk uni, adakah ia akan memberi apa2 kelainan dalam hidup kita tiga tahun dari sekarang? Adakah kerjaya kita sekarang mempunyai potensi untuk memberikan kita apa yang dihajatkan?



Ini membawa kepada soalan pokok.

Apakah yang kita hajatkan dalam tempoh tiga tahun ini? dalam setiap aspek kehidupan. Mari kita lihat 6 aspek utama kehidupan:

1. Kewangan/kerjaya
2. Kesehatan/fizikal
3. Minda/intelek
4. Kerohanian
5. Keluarga
6. Sosial/masyarakat



Dg adanya ijazah, akan ada peningkatan dalam No.3, walaupun ia tidak menjanjikan sesuatu yang konkrit untuk No.1. Dalam mengejar ijazah, hasrat untuk mendirikan rumahtangga, yakni No.5 perlu ditangguhkan dahulu. Tetapi mungkin akan berjumpa calon pasangan hidup ketika di uni. Berkait dengan No.6, jika diberi pilihan, dimanakah kita ingin menetap selepas graduasi nanti. Dan didalam kesemua ini, yang manakah paling prioriti utk tempoh tiga tahun ini. Fokus kepada perkara2 ini untuk tempoh tiga tahun sahaja kerana lebih dari itu, sukar untuk dirancang.



Begitupun, hati kecil kita sentiasa memberitahu akan apa yang kita suka nak jadi. Diwaktu sunyi, ketika bermenung dan berangan, kata-kata ini timbul ke permukaan. Dengar dengan teliti kata-katanya.

1 comment:

Dr Irfan Zaky said...

There is no saturation point for knowledge.